#MeTooUyghur dilancar di media sosial

Iklan
Etnik Uighur dan penyokong mereka berarak dari ibu pejabat PBB ke jalan utama di New York pada Mac tahun lalu.

BEIJING - CHINA. Anggota kumpulan etnik Uighur di wilayah Xinjiang menggesa China menyiarkan video saudara mereka yang 'hilang' dalam kem tahanan di negara itu.

Kempen media sosial itu dilancarkan pada awal Selasa di bawah hashtag #MeTooUyghur susulan rakaman video dikeluarkan media menunjukkan ahli muzik terkenal Uighur, Abdulrehim Heyim yang dipercayai meninggal dunia ketika dalam kem terbabit.

Iklan
Iklan

"Beijing, tunjuk kami video jika mereka masih hidup!" kata aktivis etnik minoriti itu berpusat di Finland yang turut menggesa kerajaan mengeluarkan rakan video untuk membuktikan mereka yang ditahan berada dalam keadaan sihat.

Bekas tahanan yang melarikan diri ke luar negara mendakwa mereka dipaksa meninggalkan agama Islam dan menyatakan taat setia kepada parti pemerintah, Parti Komunis.

Iklan

Beijing bagaimanapun menafikan kewujudan pusat kemudahan seumpama itu dan mendakwa ia sebagai pusat latihan vokasional di mana etnik Uighur, Kazakh dan lain-lain menerima pendidikan kemahiran secara percuma.

Sabtu lalu, Turki turut mengecam kewujudan kem tahanan itu dan 'asimilasi sistematik' yang dilakukan terhadap komuniti Islam di Xinjiang.

Iklan

Semalam, jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying menyelar kenyataan Ankara yang disifatkan sebagai 'kesilapan sangat buruk'.

Menurutnya, rakaman video didedahkan China Radio International yang mendakwa tentang kematiannya adalah 'satu pembohongan tidak masuk akal'.

"Penyair itu disiasat kerana dipercayai membahayakan keselamatan negara," ujarnya.

Menerusi video dikeluarkan Beijing, Heyit yang menyatakan namanya dan tarikh 10 Februari 2019 mengesahkan dia berada dalam keadaan baik dan tidak didera secara fizikal.

Keaslian video itu bagaimanapun tidak dapat disahkan selain tidak jelas di mana dan siapa yang membuat rakaman tersebut.

Kebanyakan etnik Uighur di luar China mendakwa mereka tidak dapat menghubungi saudara mereka di Xinjiang dan tidak diketahui sama ada ahli keluarga mereka masih hidup atau sebaliknya.

Di Twitter, komuniti Uighur di luar negara turut berkongsi gambar ahli keluarga mereka yang hilang.

"Jika mereka masih hidup, kerajaan China perlu mengeluarkan video mereka juga," ujar salah seorang pengguna laman blog mikro tersebut. - AP