101kg syabu dalam timbunan sampah

Iklan
Shafien (dua dari kanan) menunjukkan bungkusan syabu yang ditemui di atas longgokan sampah di sebuah rumah di Lubok Gong semasa sidang akhbar di IPK Kelantan pada Khamis.

KOTA BHARU - Polis Kelantan menemui 101 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM3.6 juta yang dilonggokkan dalam timbunan sampah di belakang sebuah rumah di Lubok Gong, Rantau Panjang di sini pada Rabu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada jam 10.30 malam Rabu.

Iklan
Iklan

"Pasukan D9 bergegas ke lokasi selepas mendapat maklumat dan menemui empat bungkus plastik hitam.

"Plastik pertama dan kedua masing-masing mengandungi 24 bungkusan plastik lut sinar manakala plastik ketiga pula 22 bungkus dan plastik hitam keempat pula ada 31 bungkusan yang sama.

Iklan

"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang akhbar di IPK Kelantan di sini pada Khamis.

Menurutnya, lokasi rumah tersebut juga hanya 100 meter dari lokasi penemuan dadah yang dirampas pada 22 Februari lalu.

Iklan

Justeru, Shafien tidak menolak kemungkinan ia berkaitan dengan sindiket pengedaran dadah untuk dipasarkan ke Kuala Lumpur.

"Mungkin ada kaitan satu sama lain. Sebanyak 610 kilogram dadah dirampas pada Februari tahun ini melibatkan nilai keseluruhan bernilai RM22 juta.

"Kita lihat ia merupakan percubaan untuk pasaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Apa pun kita akan lakukan siasatan lanjut," katanya.