Zulkifli terima vaksin pada Jumaat

Iklan
Zulkifli

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dijadualkan menerima suntikan pelalian Comirnaty pada Jumaat.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Zulkifli berkata, suntikan akan dilakukan terhadapnya pada jam 3 petang.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH selepas Jumaat saya akan menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya," katanya.

Menurutnya, orang ramai diseru mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin Covid-19.

Iklan

"Rakyat yang belum mendaftar boleh berbuat demikian menerusi aplikasi MySejahtera," katanya.

Iklan