Penunggang motosikal cedera dipukul sekumpulan lelaki

Iklan
PDRM

SUBANG JAYA - Seorang penunggang motosikal cedera disyaki dipukul oleh sekumpulan sembilan lelaki di Jalan Klang Batu 13 Puchong di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Khalid Othman berkata, dalam kejadian pada jam 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia awal 30-an dipukul dan ditumbuk oleh kumpulan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Punca kejadian adalah disebabkan selisih faham antara mangsa dengan salah seorang suspek," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Abdul Khalid berkata, sebelum kejadian mangsa menunggang sebuah motosikal namun tidak sempat mengelak suspek terbabit dan hampir berlaku kemalangan.

Iklan

"Akibat daripada kejadian itu, mangsa telah dipukul dan mengalami kecederaan ringan di atas kepala dan lebam di dada," katanya.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya telah berjaya memberkas seorang suspek berusia awal 40-an di Kampung Baru Sri Puchong Batu 13 pada hari sama.

Iklan

"Kita masih mengenal pasti lapan lagi rakannya dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.