Kelihatan pengunjung di sini menyejukkan badan di Sungai Bukit Tunggang ekoran cuaca panas di Ipoh yang mencecah 35 darjah celcius.
Negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan hingga pertengahan Mac depan dengan taburan hujan agak rendah di Semenanjung Malaysia terutamanya di Utara Semenanjung.