Perjuangan Rohingya dapat hak tanah air wajib dibantu

Iklan
Malaysia antara negara yang menerima pendatang Rohingnya paling ramai sejak dahulu. - Foto Fail Bernama

SHAH ALAM - Pembelaan terhadap etnik Rohingya bukan semata-mata bermotifkan politik pilihan raya atau bahan meraih undi di Malaysia, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kata beliau, sebaliknya ia mengambil kira kedudukan Islam yang wajib diberikan hak kepada Rohingya sebagai umat Islam bagi memiliki tanah air.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu menurutnya, perjuangan Rohingnya mendapatkan semula hak tanah air wajib dibantu dan bukan memudahkan jalan supaya menyerah kalah terhadap kezaliman.

"Masalahnya mengapa hanya kaum yang beragama Islam dipaksa menjadi pelarian, sebaliknya etnik bukan Islam (di Myanmar) yang lain pula tidak begitu.

Iklan

"Pas yang mendukung Islam tidak boleh terperangkap dengan agenda anti Islam yang mengambil kesempatan daripada kumpulan bukan Islam yang lain atau kumpulan Islam yang buta kefahaman politik dalam mempertahankan Islam.

"Sehingga tanpa disedari atau menyedari telah diperalatkan oleh agenda kumpulan anti Islam yang bertopengkan liberalisme,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Iklan

Tambah beliau, Malaysia menjadi tempat menerima pendatang Rohingnya paling ramai sejak dahulu.

Katanya, Pas berbeza dengan Pakatan Harapan (PH) yang tidak mempedulikan orang Islam ketika berkuasa dalam kerajaan kerana lebih menyanjungi Aung San Suu Kyi, seorang tokoh liberal.

"Bahkan ada kalangan pihak tertentu yang turut menyertai perbicaraan bagi membela Myanmar di Mahkamah Antarabangsa.

"Kini berlaku rampasan kuasa yang merupakan suatu percaturan politik antara Amerika dan China. Tentera dibayangi oleh kuasa proksinya, Aung San Suu Kyi juga mempunyai proksi sendiri.

"Maka wajar kerajaan Malaysia mempunyai pertimbangan kemanusiaan dengan mengambil kira percaturan politik yang memerlukan sikap berhati-hati,” kata Abdul Hadi.