Bielsa harap Grealish pulih

Iklan
Grealish

PENGENDALI Leeds United, Marcelo Bielsa berharap agar bintang Aston Villa, Jack Grealish sempat pulih daripada kecederaan menjelang aksi kedua-dua pasukan di Elland Road, malam ini.

Menurut Bielsa, dia berharap sedemikian kerana mahu memastikan skuad kendaliannya sentiasa bersedia apabila berdepan dengan kesebelasan terbaik daripada pihak lawan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, sehingga kini dia masih belum menerima perkhabaran terkini berhubung status pemain berkenaan.

"Bagi saya, Grealish adalah seorang pemain yang baik dan mampu menghadirkan ancaman kepada pasukan lawan.

Iklan

"Dia juga mampu mengkucar-kacarkan pertahanan lawan hingga menjadikan sesebuah pasukan menjadi tidak seimbang.

"Oleh sebab itu saya mahu memastikan agar dia (Grealish), boleh beraksi dalam perlawanan ini,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, bintang England itu mengalami kecederaan pada sesi latihan pasukan, 19 Februari lalu hingga menyaksikannya beraksi ketika Villa tewas 1-2 kepada pendahulu EPL, Manchester City di Villa Park 21 Februari lalu.

Sementara itu, Bielsa mengakui lebih gemar apabila skuad kendaliannya, dapat beraksi dengan pasukan yang menurunkan kesebelaan terbaik mereka.

Katanya, pada perlawanan-perlawanan sedemikian, kesebelasan pemainnya pasti akan memberikan aksi terbaik untuk cuba memberikan saingan kepada lawan.

"Inietap berharap agar Grealish dapat kembali beraksi bersama pemain-pemain terbaik daripada Aston Villa pada perlawanan berkenaan.

"Saya sebenarnya lebih gemar apabila skuad kendalian saya dapat berdepan dengan pasukan lawan yang menurunkan kesebelasan terbaik mereka.

"Ini memberikan peluang untuk pemain-pemian saya memberikan aksi terbaik dan seterusnya memberikan saingan kepada pemain-pemain berkenaan,” katanya.