Helikopter MD 530G Light Scout Attack dijangka tiba Ogos ini

Iklan
Helikopter tempur ringan model MD 530G Light Scout Attack dijangka tiba di Malaysia Ogos ini. - Foto MD Helicopters

KUALA LUMPUR – Tentera Darat dijangka memperoleh enam helikopter tempur ringan model MD 530G Light Scout Attack pada Ogos ini.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata, segala perjanjian berhubung helikopter itu telah diluluskan.

Iklan
Iklan

"Sekarang kita dalam proses menguji helikopter berkenaan yang berpangkalan di Arizona, Amerika Syarikat.

"Kita akan pergi ke sana sekali lagi untuk 'pre delivery inspections'," katanya pada wawancara khas sempena sambutan Hari Tentera Darat ke-88 di Wisma Perwira Darat Kem Perdana, Sungai Besi, di sini pada Jumaat.

Iklan

Zamrose berkata, pihaknya juga akan menjalani latihan sebelum helikopter itu dijangka tiba di negara ini pada Ogos.

"Saya berharap segala proses untuk membawa helikopter itu ke Malaysia berjalan lancar," katanya.

Iklan

Pandemik Covid-19 serta faktor spesifikasi khusus adalah antara punca enam helikopter yang dipesan untuk keperluan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengalami kelewatan dibawa masuk ke negara ini.

Enam helikopter MD530G Light Scout Attack sepatutnya diterima dalam dua fasa, dengan dua pada Julai 2017 dan empat lagi sebelum Disember 2018.

Pada November 2019, Kementerian Pertahanan menjelaskan kelambatan penghantaran aset itu ekoran pelbagai isu teknikal berkaitan syarikat pembuat asal (OEM).