Guardiola mahu City terus menang

Iklan
City mahu terus catat kejayaan pada saingan EPL pula.

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mahu memastikan skuad kendaliannya itu mencatatkan kemenangan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan West Ham, malam esok.

Guardiola berkata, hasrat berkenaan dilihat mampu direalisasikan berikutan kemenangan 2-0 City ke atas Borussia Monchenglabdbach hasil jaringan Bernardo Silva pada minit ke-29 dan Gabriel Jesus (65) pada aksi pertama peringkat kalah mati Liga Juara-Juara di Arena Puskas, pada Khamis.

Iklan
Iklan

Menurutnya, biarpun ramai yang masih memperkatakan mengenai kemenangan berkenaan, kesebelasan The Citizens diharap dapat memberikan fokus bagi mengharungi aksi berdepan The Hammers itu.

"Hari ini (semalam), pemain boleh bergembira meraikan kemenangan ini, tetapi kita mahukan mereka untuk mula memikirkan mengenai aksi berdepan dengan West Ham pula.

Iklan

"Untuk makluman, aksi kedua peringkat kalah mati Liga Juara-Juara hanya akan berlangsung dalam tempoh tiga minggu.

"Oleh itu, semua pemain diminta untuk memberikan fokus untuk melayan kunjungan West Ham dan itu adalah keutamaan kali ini,” katanya.

Iklan

City dilihat terus selesa memimpin carta EPL ketika ini dengan 59 mata meninggalkan pencabar terdekat Manchester United pada tangga kedua dan Leicester City dengan 49 mata manakala West Ham berada pada tangga keempat dengan 45 mata.

Sementara itu, Guardiola mendedahkan rahsia kejayaan skuad kendaliannya adalah hasil perbelanjaan pasukan bagi membeli pemain-pemain handalan.

Katanya, skuad The Citizens itu memiliki wang yang banyak dan ia digunakan untuk tujuan membeli pemain-pemian berkualiti untuk pasukan berkenaan.

"Kami ada banyak wang dan ia dibelanjakan untuk mendapatkan pemain-pemain hebat; tanpa mereka mungkin kami tidak akan berjaya ke tahap ini,” katanya.