Kilang kitar semula terbakar

Iklan
Anggota bomba mengawal api daripada merebak. Foto JBPM Selangor.

SHAH ALAM - Sebuah kilang kitar semula dengan keluasan 20,000 kaki persegi di Kampung Jawa di sini terbakar sekitar jam 3 petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, panggilan kecemasan diterima jam 3.23 petang dan jentera terawal tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bangunan satu tingkat kelas A itu dianggarkan musnah sebanyak 80 peratus.

"Kerja pemadaman masih dijalankan di lokasi oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bersama BBP Andalas, BBP Sungai Pinang, BBP Petaling Jaya dan BBP Kota Anggerik," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, maklumat awal diterima tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.