TOKYO - JEPUN . Pemilik koleksi bonsai, Fuyumi Iimura memberi pesanan kepada pencuri yang memecah masuk kebunnya di luar Tokyo dan mencuri tujuh tanaman hiasan mahal tersebut yang bernilai AS$118,000 (RM481,000).
Menurutnya, sesiapa yang mencuri bonsai Shimpaku yang berusia 400 tahun itu perlu memastikan ia disiram kerana tanaman itu tidak dapat hidup tanpa air selama seminggu.