Petugas barisan hadapan menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech di Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 Daerah Kuantan di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, hari ini.
Hari ini bermulanya suntikan vaksin untuk rakyat Pahang termasuk juga 100 petugas barisan hadapan secara berperingkat. Negeri Pahang menerima sebanyak 23,400 dos vaksin melibatkan suntikan yang bakal diberikan kepada 11,700 petugas barisan hadapan negeri Pahang. - Foto Bernama