Projek naik taraf LTSIP bermula April ini

Iklan
Projek pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang melibatkan kos RM440 juta akan bermula April ini.

KOTA BHARU - Projek pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) dekat sini yang melibatkan kos RM440 juta akan bermula April ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, LTSIP perlu diperbesar dan dinaik taraf bagi menampung jumlah penumpang yang semakin meningkat.

Iklan
Iklan

Beliau berkata pada 2019, lapangan terbang itu mengendali sejumlah 1.8 juta penumpang namun LTSIP cuma mampu menampung 1.5 juta penumpang.

"Kerajaan telah bersetuju melantik WCT Bhd sebagai kontraktor projek pembesaran dan menaik taraf LTSIP dengan kos sebanyak RM440 juta.

Iklan

"Syarikat ini dijangka masuk tapak pada April nanti dan mengikut perancangan, projek ini akan siap pada pertengahan 2024,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Mustapa berkata, komponen utama projek itu akan melibatkan pembinaan bangunan terminal baharu yang berkonsepkan reka dan bina dengan pengasingan balai ketibaan serta pelepasan.

Iklan

Katanya, apabila siap kelak, bangunan terminal baharu itu mampu mengendalikan empat juta penumpang setahun selain memiliki tempat letak kereta bertingkat.

"Jambatan udara akan ditambah lima lagi menjadikan jumlah keseluruhannya lapan jambatan selepas ini manakala jalan keluar dan masuk ke lapangan terbang juga akan ditambah baik sekali gus meningkatkan lagi tahap keselesaan pengguna.

"Projek lapangan terbang ini adalah antara projek terbesar di Kelantan yang akan meningkatkan kesalinghubungan di antara negeri ini dengan negeri lain di seluruh negara,” katanya. - Bernama