Enam rumah chalet buluh musnah terbakar

Iklan
Gambar hiasan

SEREMBAN - Enam rumah chalet buatan buluh di Jalan Rantau, Sungai Gadut, Kampung Ulu Lalang, Rantau di sini musnah dalam kebakaran pada petang Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau, Mohd Izzuwan Abd Rahim berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 3.34 petang.

Iklan
Iklan

"Chalet berkeluasan 20x30 kaki persegi itu adalah jenis separuh kekal yang mana ia diperbuat daripada buluh, api yang marak menyebabkan ia terbakar 100 peratus.

"Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada 4.01 petang," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Menurut Mohd Izzuwan, seramai 21 anggota dari BBP Rantau, Senawang dan Rembau bersama tiga jentera dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan terlibat dalam membantu memadam kebakaran. - Bernama

Iklan