Kerajaan PN penyelamat negara

Iklan
Datuk Razali Idris

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengemudi negara sejak setahun lalu boleh dianggap sebagai ‘penyelamat’ Malaysia kerana tidak pernah berputus asa memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Senator Datuk Razali Idris berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih sebagai Perdana Menteri ketika negara berdepan krisis politik, ekonomi merudum dan pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

"Sebagai seorang pemimpin besar, pencapaian selama setahun mengemudi kerajaan menuntut satu keputusan sangat berani, luar biasa dan berfikiran jauh ke depan demi rakyat dan negara.

"Jadi adalah tidak adil apabila ada pihak terutama parti politik yang acap kali mengancam, mengugut dan melakukan serangan mengejut hingga menyebabkan politik tidak stabil,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Menurut Razali, di sebalik pelbagai ancaman dan desakan politik melampau itu kerajaan PN terus bergerak ke depan dengan melaksanakan pelbagai pakej rangsangan ekonomi yang memberi impak positif kepada rakyat dalam tempoh setahun.

Bagaimanapun beliau berkata, ada juga individu atau parti politik tertentu termasuk dalam ikatan PN yang dilihat begitu rakus dan kemaruk untuk mendapatkan kuasa tanpa mempedulikan nasib rakyat, ekonomi negara dan kesihatan rakyat.

Iklan

"Bersatu bersama rakan politik dalam kerajaan PN tidak akan mengundur diri sehingga Covid-19 dapat dibendung, ekonomi negara pulih lebih 90 peratus dan kesejahteraan rakyat kembali pulih serta terjamin.

"Inilah indikator bagi kerajaan PN untuk terus memimpin negara kerana rakyat adalah kuasa mutlak dalam menentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan nanti.

"Pihak tertentu usahlah beria mendesak PRU-15 diadakan kerana tarikh itu pasti akan tiba dan rakyat menjadi penentu nasib serta masa depan mereka,” katanya.