KOTA KINABALU - Aktiviti pendakian ke puncak Gunung Kinabalu yang ditangguh sejak 13 Januari lalu akan dibenarkan semula Jumaat ini (5 Mac) dengan had pendakian seramai 100 orang sehari.
Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah atau Taman-Taman Sabah (TTS) memaklumkan perkara tersebut melalui kenyataan di laman Facebook rasminya pada Isnin.