Kontroversi ijazah: Inikah ukuran integriti Malaysia Baharu?

Iklan
Syahir Sulaiman

KUALA LUMPUR - Kontroversi ijazah palsu sudah cukup untuk mengukur kerendahan integriti dan meritokrasi yang kononnya dijuarai oleh kerajaan Malaysia Baharu diterajui PH.

Pengarah Strategi Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Syahir Sulaiman berkata, isunya bukan untuk merendahkan tahap pendidikan menteri, tetapi ia sudah cukup membuka mata rakyat dan anak muda bagi menilai kejujuran dan integriti kerajaan.

Iklan
Iklan

"Persoalan integriti ini mungkin dianggap kecil oleh PH berbanding amalan kleptokrasi kerajaan terdahulu, namun sikap ‘klentongkrasi’ ini sudah cukup untuk membuka mata rakyat dan anak muda untuk menilainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi ijazah: Isu kelayakan akademik jadi sejarah pahit politik negara

Iklan

"Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Menteri Pertahanan (Mohamad Sabu) ketika berseloka dahulu,"siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri”,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu dalam kenyataan sama, Syahir berkata, PH kini berdepan dengan krisis integriti yang menghakis keyakinan rakyat dan anak muda, khususnya dalam empat perkara iaitu kegagalan menunaikan janji, perbalahan sesama sendiri, pembahagian jawatan kepada kroni, dan penipuan ijazah di kalangan menteri.

Iklan

"Setelah genap sembilan bulan pentadbiran PH, masih banyak janji manifesto yang belum ditunaikan. Pelbagai alasan terpaksa dicipta, bermula dengan naratif hutang dan rasuah terlalu tinggi, ketidaktentuan harga minyak dan kelembapan ekonomi, sehingga ketidakmampuan kerajaan untuk memansuhkan segala yang telah dijanji.

"Kedua, perbalahan dalaman di kalangan PH umpama retak menunggu belah. Pemilihan PKR menyaksikan insiden pergaduhan dan kekecohan amat memalukan. Percanggahan kenyataan sesama menteri semakin kerap berulang, manakala perbezaan pandangan DAP dan PKR dengan Perdana Menteri semakin jelas kelihatan,” katanya.

Tambahnya, pentadbiran PH sudah mula terpalit dengan budaya kronisme dan nepotisme di mana segala jawatan dan peruntukan di peringkat kementerian, GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan agensi kerajaan telah diagih kepada ahli keluarga dan kenalan, dengan alasan secara ‘kebetulan’.

"Malah sudah timbul perasaan iri hati di kalangan parti tertentu apabila melihat segala gelaran, jawatan dan peruntukan dibolot oleh parti rakan.

"Keempat, PH kini berdepan dengan kontroversi ijazah palsu dalam kalangan menteri,” katanya yang turut meletakkan tanda pagar #TolakKleptokrasi dan #TolakKlentongkrasi.