Penyerang Manchester City, Sergio Aguero perlu membuktikan bahawa dia layak untuk disenaraikan dalam kesebalasan utama perlawanan.
Menurut pengurus City, Pep Guardiola, penilaian pemilihan pemain bagi kesebelasan utama diambil kira berdasarkan kepada prestasi semasa dan bukan sebelumnya.
Katanya, pemain tersebut tahu apa perlu dilakukan untuk kembali menjadi pemain utama pasukan kerana yang layak sahaja diturunkan akan bermain.
"Bukan hanya untuk Aguero tetapi semua pemain. Saya berusaha melakukan keputusan adil dan tidak berpihak kepada mana-mana pemain.
"Aguero pemain yang penting kepada kelab dan pernah menjaringkan gol paling penting dalam sejarah pasukan. Kami mahu membantunya selebihnya terpulang kepada Aguero," katanya.
Aguero diturunkan pada perlawanan menentang West Ham pada Sabtu lalu selepas kali terakhir diturunkan sewaktu menentang Chelsea pada 3 Januari.
Pemain yang bersama City sejak 2011 itu terlepas 14 perlawanan selepas disahkan positif Covid-19 sebelum ini.
Kehadiran semula Aguero dalam pasukan memberikan plihan buat Guardiola yang kini berjaya mencatatkan 20 kemenangan berturut-turut.