PKP di daerah Nabawan, Sabah mulai 3 Mac

Iklan
ISMAIL SABRI

KUALA LUMPUR- [DIKEMASKINI] Kerajaan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di daerah Nabawan,Sabah mulai 3 hingga 16 Mac susulan peningkatan kes mendadak yang melibatkan kluster di daerah ini dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berkata, berdasarkan laporan situasi Covid-19 KKM secara kumulatif sebanyak 177 kes positif dilaporkan melibatkan 15 buah kampung di daerah itu setakat semalam.

Sementara itu, kerajaan turut menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Jengka 1, 2, dan 7 di Jengka serta Felda Ulu Jempol di Maran, Pahang bermula esok sehingga 15 Mac.

Ismail Sabri berkata, langkah itu bagi memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan pengesanan awal dan pengasingan kes Covid-19 bagi memastikan penduduk berisiko dijangkiti wabak di lokaliti itu, kekal berada di dalam kawasan PKPD.

Iklan
Iklan

"Sehingga kini sebanyak 46 kes positif Covid-19 telah direkodkan yang melibatkan kluster di lokaliti itu,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan pelaksanaan PKP, hari ini.- Bernama