Ibu bapa gusar, tetap hantar anak ke sekolah

Iklan
Suasana di SK Batu Kapor untuk sesi hari pertama persekolahan 2021 pada Isnin.

TEMERLOH - Ibu bapa tetap menghantar anak mereka untuk sesi persekolahan 2021 bermula Isnin walaupun masih gusar dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Tinjauan Sinar Harian di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kapor mendapati ibu bapa akur dengan prosedur operasi standard (SOP)

Iklan
Iklan

Bagi Noraini Yunus, 40, mengakui bimbang untuk menghantar anaknya, Syasya Irdina Mohd Hairul, 7, menyertai sesi pembelajaran di sekolah tetapi teruja kerana Syasya bersemangat belajar.

NORAINI

"Jadi saya ambil keputusan untuk hantar dia ke sekolah dan berharap tiada insiden tidak diingini berlaku" katanya yang memiliki empat anak yang masih bersekolah.

Iklan

Reaksi sama turut diluahkan oleh Khatijah Mohd Roslan, 33, yang menghantar anaknya, Mohd Irham Faris, 6 bagi sesi prasekolah.

Ujarnya, beliau bimbang memikirkan anaknya yang masih kecil namun percaya kemampuan guru untuk mengawal murid di sekolah.

Iklan

Sementara itu, Azmar Halim, 40, yang menghantar anaknya, Nurin Aznida Asyilah Azmar, 8, tetap yakin dengan kemampuan pihak sekolah dan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

AZMAR

"Anak saya selalu bertanya bila boleh kembali ke sekolah dan saya juga mengambil langkah sepatutnya selain menaruh harapan kepada pihak sekolah," jelasnya.