Datuk Abdul Halim Kader terus memimpin Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) bagi penggal 2021-2025 selepas mememanginya pada pemilihan yang diadakan secara atas talian pada Isnin.
Abdul Halim menewaskan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail dan Presiden Persekutuan Sepak Takraw Singapura (PERSES), Mohd Nasri Haron dengan memperoleh 30 undi dalam pemilihan pada Kongres ASTAF.
Sebelum ini, Ahmad mengesahkan mencabar Abdul Halim bagi merebut jawatan Presiden ASTAF bagi penggal 2021 hingga 2025.
Ahmad berkata, beliau pada awalnya tidak berhasrat untuk bertanding kerana mahu memberi fokus kepada pembangunan sepak takraw negara dan memberi laluan kepada Presiden Persekutuan Sepak Takraw Singapura (PERSES), Mohd Nasri Haron.
Namun, atas pendirian mahu melihat perubahan pada pucuk pimpinan ASTAF, Ahmad atau mesra dengan panggilan Tok Mat memutuskan untuk menawarkan diri bertanding jawatan itu pada pemilihan 1 Mac ini.
Selain itu, Charlem Chaiwatcharaporn dari Thailand dan Yogender Singh Dahiya (India) selepas masing-masing memperoleh 30 undi serta 29 undi bagi jawatan timbalan presiden.
Dua lagi pencabar jawatan tersebut iaitu Datuk Abidullah Salleh dari Malaysia dan Asnawi Abdul Rachman (Indonesia) tidak menerima sebarang undian
Bagi jawatan naib presiden pula dimenangi Meas Sarin dari Kemboja, Soe Naing (Myanmar), Sohrab Azad Khankandi (Iran), Masaru Misawa (Jepun), Oh Joo Young (Korea Selatan), Syafrizal Bahtiar (Indonesia), Tsai Hung-Peng (Taiwan) dan Noushad Ahmed Khan (Pakistan) dengan masing-masing memperoleh 30 undi.
10 jawatan Ahli Majlis pula dimenangi Le Hong Tinh dari Vietnam, Samaranyake Abeykoonge Kingsley Chareendra de Silva (Sri Lanka), Safaa Sahib Nayyef Alnawafali (Iraq), Kasem Inthara (Laos), Chan Wai Yuen (Hong Kong), Un Oi Mou (Macau), Abdulaziz Albusaidi (Oman), Netra Prasad Gurung (Nepal), Mohammed Faruque Dhali (Bangladesh) dan Mohammad Yasin Mohammadi (Afghanistan).