Kekurangan tanah kubur di Meru kritikal

Iklan
Sinar Harian sebelum ini turut melaporkan mengenai pencerobohan tanah kubur di Kajang.

MERU - Kepadatan penduduk selain pembukaan banyak taman perumahan baharu menyebabkan Meru bakal berdepan masalah kekurangan tanah perkuburan jika tiada langkah awal diambil bagi menangani isu tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar ketika menyuarakan kebimbangan itu berkata, paling dirisaukan tiada lot tanah kosong untuk dijadikan tanah perkuburan baharu berhampiran kawasan itu berikutan ia kini hampir dipenuhi penempatan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, secara purata hampir 20 ke 30 jenazah dikebumikan sebulan dan berdasarkan jangkaannya tanah perkuburan sedia ada bakal penuh dalam tempoh lima ke 10 tahun akan datang.

"Boleh dikatakan isu tanah perkuburan Islam di Meru agak serius jika tiada pelan tindakan jangka panjang diambil.

Iklan

"Penduduk Meru kebanyakannya orang lama, apabila meninggal dunia mereka akan dikebumikan di sini. Tambahan jumlah orang luar yang berpindah ke sini menyebabkan penduduk makin padat, kemudahan kubur sedia ada mungkin tak dapat menampung jumlahnya nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Fakhrulrazi berkata, kerajaan negeri perlu membuat persediaan awal bagi menangani isu itu tersebut.

Iklan

Katanya, pihak memahami pengambilan tanah persendirian akan melibatkan kos yang tinggi.

Bagaimanapun, katanya tanah kubur sedia ada di Jalan Haji Mohd Sharif, Meru sudah agak terhad, walaupun keluasannya sudah ditambah namun ia mungkin akan penuh dalam jangkaan lima hingga 10 tahun lagi.

"Saya harap isu kubur dapat diselesaikan supaya warga Meru tak bimbang bila berlaku kematian mereka tak perlu kebumikan jenazah dengan jarak yang jauh.

"Perancangan kena dibuat awal jangan pula dah last minute (saat akhir) baru nak rancang,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini pernah ada perancangan mengenai pembinaan kubur bertingkat.

Katanya, cadangan itu menyatakan tanah kubur lama ditambak dan dibina lot kubur di atasnya.