ENGLAND - Para penyelidik mendakwa vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 berkemungkinan tidak memberi kesan kepada individu mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.
Menerusi laporan Mirror.co.uk, para saintis di Itali memberitahu hasil penyelidikan mereka menunjukkan individu obes yang memiliki Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 30 ke atas memerlukan kuantiti dos vaksin tambahan.
Mereka juga mendakwa, sekiranya petugas perubatan mengalami obesiti yang juga penerima vaksin, antibodi yang terhasil setelah suntikan buat kali dua hanya menghasilkan separuh berbanding mereka yang sihat tubuh badan untuk membantu melawan virus Covid-19.
Walaupun terlalu awal untuk mengetahui keberkesanan vaksin, namun ia menunjukkan bahawa orang obesiti memerlukan dos tambahan untuk memastikan mereka terlindung daripada Covid-19.
Penyelidik mengatakan perkara itu berlaku kerana obesiti lebih terdedah untuk risiko penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi malahan lemak berlebihan menyebabkan perubahan metabolisme sekali gus menyukarkan badan melawan jangkitan.
Sementara itu, laporan The Guardian memberitahu, di Rom, seramai 248 petugas kesihatan telah menerima suntikan dos vaksin Pfizer kali kedua di Istituti Fisioterapici Ospitalieri.
Tujuh hari setelah menerima dos kedua, 99.5 peratus daripada mereka mengalami tindak balas antibodi, dan tindak balas ini lebih besar pada BMI normal berbeza tindak balas yang tidak jelas diperoleh daripada mereka memiliki berat badan berlebihan.
Aldo Venuti dari Istituti Fisioterapici Ospitalieri berkata, oleh kerana obesiti adalah berisiko dijangkiti Covid-19 dan mencatatkan rekod kematian tertinggi, kerajaan perlu merancang program lebih efisien untuk menangani masalah ini.