BUTTERWORTH - Gara-gara memindah enam ekor babi tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang, seorang peniaga didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret sini pada Selasa.
Majistret Nurul Huda Idris menjatuhkan hukuman itu selepas Tan Hong Haw, 27, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa.