Hodgson persoal pindaan jadual perlawanan EPL

Iklan
Hodgson

PENGENDALI Crystal Palace, Roy Hodgson mempersoalkan mengenai pindaan jadual perlawanan skuad kendaliannya berdepan Manchester United di Old Trafford awal pagi Khamis nanti.

Menurut Hodgson, pindaan berkenaan difahamkan berikutan skuad The Red Devils itu bakal beraksi berdepan Leicester City dalam saingan Piala FA pada 21 Mac.

Iklan
Iklan

"Saya mempersoalkan mengenai perubahan jadual ini. Pastiya sukar untuk kami beraksi di Old Trafford dengan masalah kecederaan pemain tonggak kami, Wilfried Zaha.

"Kemudian, kami akan ‘berehat’ selama tiga minggu selepas perlawanan berkenaan biarpun sebenarnya kami tidak memerlukan rehat berkenaan.

Iklan

"Yang pasti, kami memang kurang gembira dengan perkembangan ini namun tiada apa yang boleh kami lakukan,” katanya.

Menurut Hodgson, dia mempersoalkan jadual berkenaan kerana skuad kendaliannya itu akan melalui tempoh rehat yang agak panjang selepas aksi berdepan West Brom pada 13 Mac sebelum bertandang ke Goodison Park berdepan Everton pada 3 April kelak berikutan pindaan jadual berkenaan selain tempoh rehat (international break) bagi saingan liga di seluruh dunia.

Iklan

Sementara itu Hodgson berkata, dia perlu bersuara berhubung pindaan jadual berkenaan kerana ia sering berlaku dalam saingan EPL.

Katanya, pindaan sedemikian adakalanya dilihat bersesuaian bagi sesetengah pasukan namun akan memberikan kesan kepada pasukan lain.

"Perkara (pindaan) ini sering berlaku dan adakalanya ia dilihat tidak bersesuaian untuk sesebuah pasukan.

"Bagi saya, perlawanan menentang Manchester United awal pagi Khamis nanti ternyata tidak sesuai untuk kami lalui,” katanya.