AS benarkan keluarga migran terpisah bersatu semula

Iklan
Joe Biden

WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bakal membenarkan keluarga migran yang terpisah bersatu semula di AS, kata Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Alejandro Mayorkas pada Isnin.

Keluarga migran itu terpisah di sempadan AS-Mexico ketika pentadbiran bekas Presiden Donald Trump mengenakan dasar imigresen yang ketat terhadap golongan pendatang.

Iklan
Iklan

"Kami berharap dapat menyatukan kembali keluarga itu di sini atau di negara asal mereka. Kami berharap dapat memberikan pilihan kepada mereka dan jika mereka mahu bersatu dengan keluarga di AS, kami akan membantu untuk membolehkan mereka tinggal di AS secara sah dan memenuhi keperluan keluarga.

"Pentadbiran sebelum ini telah meruntuhkan sistem imigrasi negara kita secara keseluruhan," kata Mayorkas dalam taklimat Rumah Putih, lapor Agensi Berita Xinhua.

Iklan

Bagaimanapun, Mayorkas menambah pendatang tidak dibenarkan datang ke AS sekarang kerana sekatan perjalanan Covid-19 masih berlangsung dan jabatannya belum selesai membina semula program suaka dan kemanusiaan.

Ditanya sama ada ia melibatkan krisis sempadan, Mayorkas menafikannya, beliau menyifatkannya sebagai"sangat mencabar.”

Iklan

Peguam masih berusaha mencari ibu bapa hampir 500 kanak-kanak yang terpisah dari keluarga mereka di sempadan AS-Mexico ketika pentadbiran Trump, menurut laporan media. - Bernama