Cuaca panas, berangin punca kebakaran di HSKLS merebak

Iklan
Loy Sian (kanan) dan Norazam melihat kawasan kebakaran di Hutan Simpanan Kuala Langat Selatan di Banting, Selangor pada Selasa.

BANTING - Selain aktiviti pembakaran terbuka di kawasan teroka, cuaca panas dan berangin serta keadaan tanah gambut menjadi punca kebakaran di Hutan Simpanan Kuala Langat Selatan (HSKLS), di sini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asal Selangor, Hee Loy Sian berkata, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) telah mengesan lebih tujuh titik panas di kawasan tersebut pada 25 Januari lalu dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah berjaya menjalankan operasi pemadaman pada 24 Februari.

Iklan
Iklan

Katanya, sebanyak 16 titik panas kembali dikesan di HSKLS dengan keluasan kebakaran sebanyak 26 hektar yang didakwa akibat aktiviti pembakaran terbuka di kawasan teroka tanpa kebenaran dan tanah beri milik bersempadan dengan hutan simpan.

Menurutnya, operasi pemadaman yang melibatkan 130 anggota daripada pelbagai agensi bermula sejak Isnin dan akan berlangsung selama empat hingga enam minggu.

Iklan

"Tanah di sini adalah tanah gambut, jadi kebakaran bukan sahaja di permukaan tanah, tapi juga berlaku dalam tanah.

"Walaupun kita nampak api sudah terpadam pada permukaan, namun kebakaran masih berlaku di dalam tanah yang mencecah kedalaman semeter," katanya pada Selasa.

Iklan

Dalam pada itu, Loy Sian berkata, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengenal pasti pemilik tanah beri milik dan sedang menjalankan siasatan.

Katanya, jika didapati bersalah pemilik akan dikompaun sehinggan RM50,000 dan penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"JAS boleh mengenakan tindakan di bawah akta sedia ada iaitu maksimum denda tidakk kurang RM50,000 dan penjara tidak kurang dari lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Justeru orang awam yang mengesan aktiviti ini hendaklah membuat aduan segera kepada pihak berkuasa agar tindakan segera dapat diambil," katanya.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima sebanyak 1,376 kes pembakaran terbuka sejak Januari melibatkan, kebakaran hutan kecil, kebun belukar dan ladang serta pembakaran sampah haram.

Menurutnya, terdapat peningkatan kes yang tinggi sejak dua minggu lalu, iaitu hampir 80 kes kebakaran yang perlu dipadamkan sehari, tidak termasuk kawasan di sini.