Anugerah 'Silver Play Button' untuk YouTube Sinar Harian

Iklan
Saluran YouTube Sinar Harian yang kini memiliki rekod 277,000 langganan, diiktiraf menerima anugerah ‘Silver Play Button’

SHAH ALAM - Saluran YouTube Sinar Harian yang kini memiliki rekod 277,000 langganan, diiktiraf menerima anugerah ‘Silver Play Button’ oleh laman web perkongsian video itu.

Anugerah itu disampaikan susulan rekod kejayaan saluran YouTube Sinar Harian mendapat lebih 100,000 langganan, sekali gus menyumbang kepada status antara akhbar berbahasa Melayu yang mempunyai pengikut paling ramai termasuk menerusi laman web berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif YouTube, Susan Wojcicki, melalui surat penghargaan berkata, penganugerahan kepada Sinar Harian itu adalah atas kerja keras menyalurkan berita dan maklumat kepada pengguna.

"Kami tahu bahawa anda tidak melakukan usaha itu untuk mendapatkan ganjaran. Anda melakukannya kerana semangat untuk berkongsi berita dan menyampaikan maklumat kepada mereka,” katanya.

Iklan

Sejak menyertai platform laman sosial pada 21 Januari 2011, saluran YouTube Sinar Harian merekodkan hampir 17 juta tontotan.

Iklan