SHAH ALAM - Majlis Tertinggi (MT) UMNO diminta untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi memutuskan hubungan UMNO dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum Parlimen bersidang pada Mac ini.
Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, gesaan itu mesti dilakukan mengikut semangat dan kehendak perwakilan 147 Bahagian UMNO di seluruh negara sebelum ini.