PBKD setuju lulus pendaftaran bersyarat tiga lagi vaksin Covid-19

Iklan
Dr Noor Hisham Abdullah. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada Selasa bersetuju meluluskan pendaftaran secara bersyarat tiga produk vaksin Covid-19 untuk kegunaan semasa bencana.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga vaksin berkenaan ialah ' Covid-19 Vaccine AstraZeneca Solution for Injection' dari pengilang Medimmune Pharma B V Netherland, 'CoronaVac Suspension for Injection' atau Sinovac dan 'Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection' iaitu pemegang pendaftaran oleh Pfizer.

Iklan
Iklan

"Pendaftaran bersyarat ini memerlukan syarikat pemegang pendaftaran untuk mengemukakan analisis data-data tambahan dan terkini untuk dinilai Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

"Ia bagi memastikan keberkesanan dan keselamatan vaksin sentiasa dikemaskini dan perbandingan manfaat risiko vaksin ini kekal positif," katanya pada sidang media Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di sini pada Selasa.

Iklan

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan, NPRA pada masa ini juga masih menilai dua lagi produk vaksin Covid-19 iaitu Gam-Covid-Vac atau Sputnik V (keluaran Gamaleya National Research Centre for Epidemiology and Microbiology, Russia) dan CoronaVac Suspension for Injection - Sinovac.

"KKM juga sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak Covid-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang sudah dinilai daripada pelbagai aspek," katanya.

Iklan