Jumlah individu sedia ambil vaksin meningkat

Iklan
Kebanyakan penduduk di enam negara perindustrian lebih terbuka untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. - Foto: AFP

PARIS - Kesediaan orang ramai untuk mendapatkan vaksin Covid-19 meningkat berbanding tahun lalu.

Keputusan itu diperoleh berdasarkan kaji selidik yang dilakukan pada bulan lalu di enam negara perindustrian yang diterbitkan pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurut perunding antarabangsa, KekstCNC, lebih ramai responden di United Kingdom (UK) dan golongan skeptikal di Perancis kini lebih terbuka untuk menerima suntikan vaksin koronavirus tersebut.

Tinjauan yang turut dilakukan di Jerman, Jepun dan Sweden juga menunjukkan trend yang sama.

Iklan

"Lebih ramai individu di negara terbabit bersedia untuk mendapatkan vaksin Covid-19 selepas program vaksinasi kini dilancarkan secara meluas,” jelas laporan kaji selidik itu.

Peratusan tertinggi dicatatkan di UK dengan 89 peratus berbanding 70 peratus pada Disember lalu.

Iklan

Di Sweden, kadar peratusan juga meningkat 76 peratus, disusuli Amerika Syarikat (AS) dengan 64 peratus, Jerman dengan 73 peratus dan Jepun sebanyak 64 peratus.

Perancis bagaimanapun menyaksikan jumlah peratusan lebih rendah dengan 59 peratus walaupun menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 40 peratus ketika tinjauan dua bulan lalu.

Segelintir responden turut mengkritik tahap kecepatan program vaksinasi yang dilancarkan di negara mereka.

Kumpulan responden di enam negara pula berpendapat pengendalian program vaksinasi di Israel dan UK adalah yang terbaik di dunia. - AFP