Cuaca panas di Putrajaya

Iklan
Mohd Hafizzullah Mohd Sohi berlari sambil memakai topi dan membawa bekalan air ketika melakukan aktiviti senaman jogging dalam situasi cuaca panas terik di sekitar Putrajaya hari ini dengan catatan suhu 33°celcius yang dikeluarkan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia). 
Negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac 2021.

Dalam tempoh ini taburan hujan di beberapa kawasan adalah rendah di Semenanjung Malaysia. Jabatan MET Malaysia tidak menjangkakan keadaan cuaca panas luar biasa akan berlaku pada tahun ini.

Taburan hujan yang rendah dalam tempoh beberapa minggu boleh menyebabkan cuaca menjadi lebih panas, terutamanya pada waktu malam apabila tiada litupan awan.

Iklan
Iklan