Pele terima suntikan vaksin Covid-19

Iklan
Pele

SAO PAULO - Legenda bola sepak Brazil, Pele yang berumur 80 tahun menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Selasa dan menganggap ia sebagai detik-detik yang tidak dapat dilupakan dalam hidupnya.

"Hari ini (Selasa) merupakan hari yang tidak dapat dilupakan. Saya menerima vaksin!" kata Pele yang merupakan salah seorang pemain bola sepak terhebat pada zaman kegemilangannya menerusi akaun Instagramnya.

Iklan
Iklan

Menurut AFP, mesej itu turut menyiarkan gambar legenda tersebut memakai pelitup muka dan memberikan isyarat bagus ketika dia menerima suntikan tersebut.

"Pandemik (Covid-19) ini masih belum berakhir. Kita perlu kekal berdisiplin untuk menyelamatkan nyawa kerana ramai yang masih belum menerima vaksin," menurut Pele di akaun Instagram itu.

Iklan

Bagaimanapun, bekas bintang bola sepak itu tidak memberitahu lokasi dia menerima vaksin tersebut.

Pasukan media legenda itu juga tidak memberikan reaksi berhubung soalan tentang jenis vaksin yang diterimanya dan sama ada ia merupakan dos pertama atau kedua.

Iklan

Legenda itu merupakan satu-satunya pemain bola sepak yang memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali iaitu di Sweden pada tahun 1958, Chile (1952) dan Mexico (1970) ketika zaman kegemilangannya.

Berdasarkan umurnya, Pele berisiko tinggi mengalami komplikasi Covid-19 jika terkena jangkitan penyakit itu.

Tahap kesihatannya merosot sejak akhir-akhir ini dan penampilannya di khalayak ramai juga semakin berkurangan manakala dia pernah dilihat duduk di atas kerusi roda dan alat bantuan berjalan kaki. - Agensi