Rina Gunawan meninggal dunia

Iklan
Penyanyi Indonesia, Rina Gunawan, 47, meninggal dunia selepas seminggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pertamina Simprug semalam.

Jakarta- Penyanyi Indonesia, Rina Gunawan, 47, meninggal dunia selepas seminggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pertamina Simprug, di sini, selepas mengalami gejala virus Covid-19, semalam.

Bagaimanapun, punca kematian Rina atau nama sebenarnya Rina Mustikana Gumilang Gunawan belum disahkan sama ada dia meninggal dunia disebabkan Covid-19 atau penyakit lain termasuk asma yang dihidapinya.

Iklan
Iklan

Suaminya, Teddy Syah berkata, isterinya memang sudah dimasukkan ke ICU sebelum ini, tetapi tidak mengetahui keadaan kesihatannya yang terbaru sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Rina memulakan karier nyanyiannya pada 1995 dan menghasilkan album berjudul Yudi pada tahun sama.

Iklan
Iklan

Selepas itu, dia aktif sebagai penyampai TV serta terbabit dunia perniagaan. Antara program kelolaannya termasuk Campur-Campur dan Ruming.