KPDNHEP Sandakan rampas diesel, lori bernilai lebih RM61,000

Iklan

SANDAKAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bahagian Sandakan merampas sejumlah minyak diesel dan petrol, termasuk sebuah lori bernilai RM61,704.52 di sebuah stesen minyak di Check Point, Batu 32 dekat sini tengah malam tadi.

Menurut kenyataan KPDNHEP Sandakan di sini, dalam operasi pukul 12.05 pagi itu, sebanyak 600 liter diesel dan 200 liter petrol, dipercayai untuk tujuan penjualan semula, dirampas bersama sebuah lori jenis Isuzu Rigid.

Iklan
Iklan

"Semasa pemeriksaan dibuat, didapati ada berlaku transaksi pemindahan atau pembelian dijalankan dalam kuantiti yang banyak.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis itu (lori) tidak memiliki lesen atau permit bagi menyimpan barang kawalan berjadual bahan api,” menurut kenyataan itu.

Iklan
Iklan

Seorang lelaki tempatan berumur 44 tahun, yang sedang mengisi minyak ketika operasi, ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. - Bernama