KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melancarkan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar aset ketenteraan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, dasar berkenaan sedang dalam fasa pembangunan.
"Kita telah bekerjasama dengan negara lain dan kini fasa pemindahan teknologi sedang berlangsung. Apabila perkara ini selesai, kita mampu untuk menghasilkan aset ketenteraan sendiri.
"Kini Malaysia telah mengeluarkan peluru sendiri, kereta perisai dan beberapa komponen komposit pesawat selain bekerjasama dengan Turki untuk mengeluarkan kereta perisai jenis Gempita,” katanya dalam wawancara Pencapaian Malaysia Prihatin Kementerian Pertahanan Malaysia, di sini baru-baru ini.
Ismail Sabri berkata, perkara berkenaan selaras dengan impiannya untuk menjadikan Malaysia antara negara pengeluar aset pertahanan seperti Indonesia dan India yang mengeluarkan pesawat pejuang dan baik pulih kapal selam.
Beliau berkata, peranan syarikat yang terbabit dalam aktiviti pertahanan juga akan ditambah baik tahun ini, untuk menjadi mentor dan vendor bagi merealisasikan impian menjadikan negara ini pengeluar aset ketenteraan dan industri pertahanan muncul sebagai pemangkin ekonomi yang berdaya saing dan mampan.
Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) berkata, kebanyakan aset pertahanan yang dimiliki negara sekarang dibeli daripada China, Amerika Syarikat, Itali serta Turki, iaitu satu langkah bagi mengelakkan Malaysia bergantung pada satu negara sahaja yang boleh menimbulkan masalah penyelenggaraan aset.
Beliau berkata, dalam usaha meningkatkan sistem pertahanan khususnya melalui aset udara, sektor keselamatan menggunakan teknologi moden seperti dron yang mula dimanfaatkan pada 2008 dalam Operasi Pasir di Sabah dan hingga kini Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memiliki lebih 50 unit dron.
Dron terbabit digunakan untuk pemantauan dalam operasi teras termasuk Operas Daulat, Operasi Penawar dan Operasi Benteng, terutama bagi memantau sempadan negara, katanya.
"Dron ini turut digunakan semasa Operasi Penawar dalam membantu Situational Awareness, Pattern Analysis, Surveillance di samping penyebaran maklumat dan pesanan melalui voice recorder (loud speaker operation) yang diterbangkan bersama dron di tempat tumpuan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya. - Bernama