Pemimpin PH adakan pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Iklan
Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) pada Khamis mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Parlimen bagi membincangkan keperluan mengadakan sidang Dewan Rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya memaklumkan perkara itu selaras dengan kenyataan media Istana Negara tempoh hari bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa.

Iklan
Iklan

"Seusai pertemuan itu, Majlis Presiden PH mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hasil pertemuan tersebut,” katanya dalam kenyataan itu.

Katanya, Majlis Presiden turut menyentuh beberapa isu mutakhir dan persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke-15.

Iklan

Istana Negara menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 24 Februari lepas memaklumkan Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Perkara itu termaktub dalam subperenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong. - Bernama

Iklan