Yakin kejutkan JDT di Stadium Sultan Ibrahim

Iklan
Muhammad Sanusi (dua dari kiri) ketika hadir memberikan kata-kata semangat kepada skuad hijau kuning di SSAH pada Rabu.

MENTERI Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mempunyai keyakinan Kedah Darul Aman (KDA) FC akan melakarkan kejutan ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Piala Sumbangsih 2021 di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berkata, skuad hijau kuning berkunjung ke laman lawan bagi memburu kemenangan pertama mereka bagi musim baharu ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setiap pasukan akan memberikan aksi yang terbaik pada setiap perlawanan dan perkara sama akan ditonjolkan oleh KDA FC di Iskandar Puteri biarpun beraksi di laman lawan.

"Insya-ALLAH...kita akan menang. Tiada siapa yang lawan nak kalah. Menang dengan 1-0 pun tak apa dah," katanya ketika diminta mengulas pertemuan dua gergasi bola sepak tanah air yang menjadi tumpuan peminat bolasepak.

Iklan

Muhammad Sanusi juga sempat menyantuni dan memberikan kata-kata semangat kepada semua pemain hijau kuning di Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH), Suka Menanti, Alor Setar pada Rabu.

Bagaimanapun JDT mempunyai rekod yang lebih baik pada tiga pertemuan terdahulu selepas KDA FC hanya mencatatkan satu kemenangan pada 2017 menerusi sepakan penalti 5-4 selepas terikat 1-1.

Iklan

Dua lagi dimenangi JDT iaitu menang 2-1 pada 2018 dan menang 1-0 pada tahun 2020.

Aksi pada Jumaat ini adalah kali keempat dalam tempoh lima tahun membabitkan kedua-dua pasukan.