PENGENDALI Barcelona, Ronald Koeman mengingatkan para pemain bahawa kebangkitan kelab itu untuk melangkah ke final Copa del Rey awal pagi Khamis tidak sama seperti peluang ke atas Paris Saint-Germain pada pertembungan kedua 16 pasukan Liga Juara-Juara Eropah.
Menurut Koeman, kembali daripada ketinggalan 2-0 lebih mudah berbanding berusaha mengatasi 1-4 kerana jaringan pasukan di tempat lawan.
"Mereka mempunyai jaringan ditempat lawan selain PSG merupakan sebuah pasukan hebat dan pemain yang bagus. Kita akan berusaha sebaik mungkin dan lihat sekiranya ada peluang untuk menang ke atas mereka.
"Bagaimanapun kebangkitan pemain pada perlawanan separuh akhir menewaskan Sevilla aamat saya bangga. Pemikiran pasukan telah berubah dan lebih bermotivasi.
"Saya harap dapat menunaikan harapan 100,000 orang di Nou Camp. Kami akan berusaha memberikan yang terbaik,” katanya.
Barcelona pada awal pagi Khamis menerima kunjungan Sevilla pada perlawanan separuh akhir kedua Copa del Rey selepas tewas 2-0 pada perlawanan pertama.
Bagaimanapun jaringan Ousmane Dembele dan Gerard Pique berjaya mengikat Sevilla untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan yang akhirnya menyaksikan jaringan Martin Braithwaite pada minit ke 95 memastikan Barcelona mara ke perlawanan akhir dengan agregat 3-2
Kemenangan tersebut pastinya memberikan harapan buat kelab catalan itu untuk kembali bangkit selepas tewas 4-1 ke pada PSG sebelum ini.