KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Khamis membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat.
Peguam Kanan Persekutuan (SFC), Ahmad Hanir Hambaly berkata, permohonan bantahan itu dibuat antaranya atas alasan permohonan semakan kehakiman itu adalah terhalang oleh Perkara 150(6) dan Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan.