Bank Negara kekal OPR pada 1.75 peratus

Iklan
Bank Negara Malaysia

SHAH ALAM - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus.

Menurut kenyataan BNM, pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan akan menjejaskan pertumbuhan pada suku pertama, kesannya dijangka tidak seteruk yang dialami pada suku kedua tahun 2020.

Iklan
Iklan

"Keadaan ini didorong oleh pemulihan permintaan global, peningkatan perbelanjaan sektor awam dan swasta berikutan sokongan yang berterusan daripada langkah langkah-dasar serta langkah-langkah pembendungan yang lebih bersasar.

"Pertumbuhan juga akan disokong oleh pengeluaran yang lebih tinggi daripada fasiliti sedia ada dan baharu dalam sektor perkilangan, khususnya dalam subsektor elektrik dan elektronik dan subsektor berkaitan sumber serta loji pengeluaran minyak dan gas,” kata kenyataan tersebut pada Khamis.

Iklan

Sementara itu, Malaysia menunjukkan permintaan luaran bertambah baik dan perbelanjaan pengguna berterusan.

"Program pemberian vaksin yang sedang dilaksanakan di banyak negara, bersama-sama dengan sokongan dasar, akan terus membantu menambah baik keadaan permintaan swasta dan pasaran tenaga kerja.

Iklan

"Meskipun pasaran kewangan telah mengalami volatiliti, keadaan kewangan terus menyokong kegiatan ekonomi dan risiko terhadap prospek pertumbuhan telah berkurang tetapi terus cenderung ke arah pertumbuhan menjadi lebih perlahan.

"Hal ini disebabkan terutamanya oleh ketidakpastian berhubung dengan pandemik Covid-19 dan keberkesanan program pemberian vaksin,” kata kenyataan tersebut.

Walau bagaimanapun, prospek pertumbuhan bergantung kepada risiko pertumbuhan ekonomi menjadi rendah dan keadaan ini berpunca terutama daripada ketidakpastian yang berterusan mengenai perkembangan pandemik serta cabaran yang akan dihadapi yang boleh menjejaskan pemberian vaksin pada peringkat global dan dalam negeri.

Dalam kenyataan sama, purata inflasi keseluruhan pada tahun 2021 diunjurkan lebih tinggi disebabkan terutamanya oleh harga minyak yang meningkat.

"Dari segi trajektori, inflasi keseluruhan dijangka naik mendadak untuk sementara waktu pada suku kedua tahun 2021.

"Hal ini disebabkan oleh asas yang lebih rendah daripada harga runcit bahan api dalam negeri yang rendah pada suku yang sama tahun 2020, sebelum menjadi sederhana.

"Inflasi asas dijangka kekal rendah dalam keadaan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi, walau bagaimanapun, prospek ini bergantung pada perkembangan harga minyak dunia dan komoditi,” menurut kenyataan itu lagi.

MPC menyifatkan pendirian dasar monetari adalah wajar dan akomodatif berikutan keadaan pandemik yang tidak menentu dan pendirian dasar monetari pada masa hadapan akan terus ditentukan oleh data serta maklumat baharu.

BNM terus komited untuk menggunakan alat-alat dasarnya yang bersesuaian bagi mewujudkan keadaan yang menyokong pemulihan ekonomi yang berterusan.