ISTANBUL - Sebuah mahkamah di Turki yang membicarakan 26 suspek warga Arab Saudi tanpa kehadiran mereka berhubung kes pembunuhan wartawan terkenal, Jamal Khashoggi pada Khamis menolak untuk mengakui laporan Amerika Syarikat (AS) yang mengaitkan kejadian itu dengan Putera Mahkota, Mohammed Bin Salman (MBS).
Keputusan itu dibuat hakim selepas permohonan itu dibuat tunang mangsa, Hatice Cengiz yang meminta mahkamah Istanbul memasukkan laporan risikan tersebut sebagai bahan bukti kes terbabit.
Menurutnya, permintaan terbabit tidak akan membawa sebarang perubahan kepada perbicaraan itu, namun hakim membenarkan Cengiz untuk mengemukakan permohonan baharu kepada pendakwa raya yang mengendalikan kes tersebut.
Perbicaraan pada esok akan mendengar keterangan daripada dua kakitangan di Konsulat Saudi yang merupakan seorang pemandu dan pengawal keselamatan.
Sebelum ini, pendakwa raya Turki mendakwa Timbalan Ketua Perisik, Ahmed Al-Assiri dan bekas penasihat diraja, Saud al-Qahtani mengetuai 'operasi' itu dan memberikan arahan kepada unit elit untuk dari Saudi untuk melakukan pembunuhan ke atas kolumnis The Washington Post tersebut. - AFP
ARTIKEL BERKAITAN: AS ambil ‘langkah selamat’ kes Jamal Khashoggi
Presiden AS hubungi Raja Arab Saudi buat pertama kali