Surat Ahmad Zahid beri implikasi besar

Iklan
Hamzah

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memandang serius kandungan surat dihantar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana ia mempunyai implikasi yang besar.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, surat Ahmad Zahid memberi implikasi terhadap kerjasama di masa hadapan antara UMNO, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

Iklan
Iklan

"Dalam hal ini, Bersatu memutuskan untuk terus fokus memperkasakan gerak kerja bersama rakan-rakan dalam PN iaitu Pas, Star (Parti Solidariti Tanah Airku), SAPP (Parti Progresif Sabah) dan Gerakan (Parti Gerakan Rakyat Malaysia) berlandaskan perjuangan yang jujur dan ikhlas kepada rakyat bagi memenangi pilihan raya akan datang.

"Bersatu juga berpendirian bahawa kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih utuh dan berfungsi untuk memberi khidmat kepada rakyat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang berlangsung lebih tiga jam bermula 4.30 petang di Hotel Everly Putrajaya pada Khamis.

Mesyuarat itu antara lain membincangkan mengenai hubungan parti itu dengan UMNO yang juga rakan kerjasamanya di dalam kerajaan PN

Iklan

Dalam pada itu, Hamzah memaklumkan dalam mesyuarat tersebut, Bersatu turut menzahirkan kesyukuran atas kejayaan kerajaan PN menempuhi tempoh satu tahun mentadbir negara.

Ini kerana katanya, dalam tempoh pentadbiran satu tahun kerajaan PN berjaya menjulang prinsip-prinsip urus tadbir kerajaan yang baik, telus serta berintegriti terutamanya dalam memelihara kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang.

Menurutnya, dalam menghadapi pandemik Covid-19 dan situasi ekonomi mencabar, kestabilan politik adalah amat penting bagi memastikan segala perancangan kerajaan dapat direalisasikan dengan berkesan.

"Justeru, Bersatu mengucapkan terima kasih kepada semua parti politik yang setia dan istiqamah dalam mendokong serta mempertahankan aspirasi kerajaan PN," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah UMNO putuskan hubungan dengan Bersatu

Bersatu akan keluar kenyataan rasmi: Muhyiddin

Ku Li desak henti main wayang, putuskan hubungan dengan PN segera