Belum masa untuk bersorak gembira

Iklan

MERAK Jalanan percaya ramai yang berasa lega apabila kerajaan memutuskan untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bermula Jumaat.

Pun begitu, belum masanya untuk kita bersorak gembira kerana negara masih bergelut dengan wabak Covid-19.

Iklan
Iklan

Ini kerana perjalanan untuk menentang Covid-19 juga masih jauh.

Apa yang penting, bila kelonggaran sudah diberikan, janganlah kita mengambil kesempatan melanggar SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

Iklan

Jangan abai nasihat penjagaan diri, sentiasa mencuci tangan, mengamalkan penjarakan sosial dan mengelak 3S (kawasan sesak dan sempit serta bersembang atau bertutur dalam jarak yang dekat).

Jika tersilap langkah dan tiada pematuhan SOP di tempat awam, kes jangkitan boleh meningkat semula khususnya membabitkan golongan berisiko.

Iklan

Bagi yang sudah lama merancang mengadakan majlis tertentu, gunakanlah peluang ini sebaiknya.

Tetapi jangan pula menjemput tetamu dalam jumlah yang ramai semata-mata mahu memeriahkan majlis.

Merak Jalanan nasihatkan, gunakan kelonggaran yang diberi dengan sebaiknya.

Apa pun, pematuhan SOP perlu menjadi norma baharu dan bukannya sekadar diikuti sekiranya ada penguat kuasaan.

Memetik kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia boleh memutuskan kadar jangkitan Covid-19 tanpa penggunaan vaksin, sekiranya rakyat terus menunjukkan pematuhan tinggi terhadap garis panduan yang ditetapkan.

Oleh itu, dalam keterujaan menyambut kelonggaran SOP, terus tingkatkan kawalan kendiri kerana hanya dengan cara itu kita akan dapat membantu kerajaan menuju strategi keluar, sekali gus bebas daripada pandemik berkenaan.