Aksi Liga Sepak Takraw (STL) Champions Cup 2020 kian hampir ke penghujungnya apabila empat regu bakal berentap di separuh akhir bagi mengesahkan slot ke pentas final.
Malam ini gelanggang Iskandar Malaysia Studios, Johor Darul Ta’zim bakal digegarkan dengan aksi-aksi hebat daripada juara bertahan STL Champions Cup 2019, Johor Tigris yang bakal berdepan Penang Black Panthers manakala juara STL Liga Premier 2020 KL Thunder dicabar ATM Guardians.