Raja Perlis berkenan menerima menghadap Muhyiddin

Iklan
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Istana Arau hari ini. 
- Foto Bernama

ARAU - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Istana Arau pada Jumaat.

Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Iklan
Iklan

Hadir sama pada majlis sembah menghadap itu adalah anakanda baginda, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah, Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Dalam pertemuan itu, Muhyiddin mempersembah maklumkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan, ekonomi serta perkembangan terkini negara terutamanya berkaitan penularan wabak Covid-19 dan program vaksinasi kebangsaan yang sedang dijalankan.

Iklan

Perdana menteri kemudiannya mengiringi Raja Perlis dan Raja Muda Perlis untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri Arau di sini.

Usai solat Jumaat, Muhyiddin yang dalam lawatan kerja sehari ke Perlis, dijadualkan melawat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Kampung Gial, Kangar, sebelum pulang ke ibu negara. - Bernama

Iklan