Lapan Agrobazaar FAMA rekod nilai jualan RM11.9 juta

Iklan
Ahmad (kanan) melakukan lawatan kerja ke Agrobazaar Nyiur Tujuh, Besut pada Jumaat.

BESUT - Lapan Agrobazaar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh negara mencatatkan nilai jualan sebanyak RM11,892,699.72 juta merangkumi 32,292 produk bagi tempoh berakhir Disember 2020.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak tiga lokasi Agrobazaar di Terengganu iaitu di Nyiur Tujuh, Besut serta di Chendering dan Permint Jaya di Kuala Terengganu mencatat nilai jualan sebanyak RM1,041,555.93 bagi tempoh Januari 2021 hingga Februari 2021.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, nilai jualan bagi Agrobazaar Nyiur Tujuh, Besut sahaja mencatatkan RM125,705.69 sejak ia dibuka pada 1 Februari lalu.

"Agrobazaar adalah outlet peruncitan yang berperanan sebagai pusat pemasaran 'one stop centre' dan promosi produk Industri Asas Tani (IAT) serta lain-lain hasil berasaskan pertanian.

Iklan

"Projek ini merupakan satu entiti outlet runcit yang berfungsi menyediakan luang pasaran kompetitif sebagai pusat jualan dan promosi produk IAT," katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Agrobazaar Nyiur Tujuh, Besut di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman; Ketua Pengarah FAMA, Datuk Zainal Abidin Yang Razalli; Ahli Lembaga Pengarah FAMA, Datuk Ghazale Muhamad dan Ketua Pegawai Eksekutif FAMA Corporation Sdn Bhd, Faidz Afizi Mohamed.

Iklan

Sementara itu, Ahmad berkata, pembangunan Agrobazaar Nyiur Tujuh merupakan usaha FAMA dalam membantu usahawan tani selain dijadikan sebagai hab pemasaran dan jualan produk tempatan bagi memberikan pendapatan lebih buat mereka.

"Agrobazaar Nyiur Tujuh dibina di tapak Pasar Tani Kekal di sini dan beroperasi setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 10.30 malam dengan menawarkan sebanyak 4,200 SKU produk.

"Konsep Agrobazaar Nyiur Tujuh merupakan 'one stop centre' pelbagai produk industri makanan dan segar, hab jualan secara dalam talian (online) dan lokasi 'pick up poin't, hab agro pelancongan bagi mempromosikan produk keluaran tempatan dan sebagai segmentasi pasaran baharu kepada usahawan tani dalam memasarkan produk mereka,"katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, FAMA telah membangunkan sebanyak 2,343 outlet pemasaran kekal dan separa kekal moden; antaranya Pasar Tani Kekal (PTK), Rural Transformation Centre (RTC), Agrobazaar, Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) dan Medan Food Truck.

"Kesemua outlet pemasaran ini melibatkan seramai 50,189 usahawan bimbingan dengan perolehan nilai jualan sebanyak RM137.1 juta bermula awal tahun ini hingga akhir Januari 2021," katanya.