Bersatu tidak ikhlas punca UMNO tarik diri

Iklan
Saarani

LUMUT - Keputusan UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana parti itu tidak ikhlas ketika bersama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, penyatuan dan perpaduan antara parti perlu berlandaskan keikhlasan seperti hubungan UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional (MN).

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerjasama yang ada kini umpama ‘telunjuk lurus kelingking berkait’ yang bermaksud nampak baik tetapi ada tujuan lain yang disembunyikan.

"Dalam MN, kita berjaya membuktikan keikhlasan itu kerana pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hanya UMNO bertanding dan Pas menyokong calon UMNO. Itu buktinya persefahaman.

Iklan

"Pas tidak tubuh cawangan untuk curi orang UMNO dan sebaliknya. Dia tidak berlaku seperti Bersatu Larut tubuh cawangan curi orang UMNO, bermakna tidak ada keikhlasan dalam hubungan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat lawatan kerja di Jeti Sungai Pinang Kecil di sini pada Jumaat.

Iklan

Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata, kerjasama UMNO bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu kini masih lancar sehingga Parlimen dibubarkan.

"UMNO Perak tidak ada masalah selagi Dewan Negeri tidak dibubarkan. Pentadbiran seperti biasa tiada berlaku pecat memecat, bertengkar, ‘we are profesional’.

"Dalam mesyuarat Exco, kita masih boleh beri pendapat dan pandangan malah, boleh bergurau lagi. Aman damai,” katanya.

Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan UMNO mengesahkan parti itu menamatkan kerjasama dengan Bersatu menjelang PRU15 selepas keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Kerja Tinggi di Janda Baik, 19 Februari lalu.