Mya Ruslee terima lamaran

Iklan
Mya Ruslee

PENYANYI Mya Ruslee akhirnya menerima lamaran setelah lama menyimpan rahsia daripada pengetahuan para peminatnya.

Mya atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee, 43, kini merupakan penyampai radio Best FM yang baharu bermula 18 Februari ini.

Iklan
Iklan

Difahamkan Mya menggunakan dua nama iaitu Mya Ruslee ketika di udara, selain Cik Bunga untuk segmen gosip.

Menurutnya, beliau sangat teruja apabila dilamar stesen radio Best FM dan sudah lama menantikan tawaran untuk berkhidmat sebagai penyampai radio.

Iklan

Mya Ruslee berkata, apabila dilamar menjadi penyampai selebriti Best FM selepas Gegar Vaganza Musim Kelima, hatinya sangat gembira kerana dapat melebarkan sayap dalam bidang pengacaraan.

"Sebab sebelum ini saya banyak buat 'hosting'. Ada juga saya buat 'hosting' untuk 'gameshow' televisyen dan sebagainya.

Iklan

"Jadi saya rasa this is the best time untuk saya melebarkan sayap untuk mendalami lebih dalam bidang komunikasi, dan mendekatkan diri dengan peminat di luar terutama di Selatan," katanya.

Beliau berkata, rezeki bersama Best FM itu merupakan masa yang terbaik kepada dirinya untuk pulang ke negeri kelahirannya dan berkongsi dengan peminat.

"Di samping itu menaikkan 'rating' pendengar Best FM. Semestinya Best FM terbaik untuk hari mu," katanya.

Selain itu, Mya Ruslee berkata, salah satu sebab dirinya teruja untuk kembali bertugas sebagai penyampai radio adalah belajar mengawal panel di konti.

"Saya berharap Zairi dan penyampai senior dapat mengajar saya. Itu yang sangat berminat, teruja dan tidak sabar untuk duduk (di dalam konti). Insya-ALLAH dengan Best FM saya dapat belajar dengan lebih mendalam dalam bidang ini," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Best FM, Yusry Abu Samah berkata, pihaknya sudah sekian lama mengintai Maya.

"Kita nampak kejayaan kita semasa bersama dengan Haiza (Hanafi) dulu. Mula-mula kita memperkenalkan penyampai radio selebriti di Best FM ialah bermula dengan Haiza.

"Kejayaan yang dikecapi oleh Haiza, juga finalis Gegar Vaganza, pasaran orang Melayu inilag golongan penyampai yang boleh diketengahkan," katanya.

Beliau berkata, tidak kira Haiza atau Mya Ruslee, penyampai selebriti tersebut bukan sahaja pelakon atau penyanyi, tetapi juga mempunyai bakat dalam pengacaraan.

"Saya sangat yakin dengan Mya sebab saya sudah jumpa dan sudah mengintai dari sudut jauh bersama pengurus program, jadi kita rasa dia adalah yang terbaik di kalangan terbaik.

"Dia juga orang Johor. Jadi kita tahu cita rasa orang Johor, sudah tentulah sangat menyokong dengan kita punyai selebriti, insya-ALLAH," katanya.

Mya Ruslee akan berganding bahu bersama rakan penyampai, Muhamad Zairi Ibrahim atau Zairi bagi segmen Best Pagi setiap Isnin hingga Jumaat dari 6 hingga 10 pagi.