RM1.5 juta naik taraf Jeti Sungai Pinang Kecil

Iklan
Saarani (dua dari kanan) diiringi Zambry (kanan) melawat Jeti Sungai Pinang Kecil, Pulau Pangkor yang akan dinaik taraf.

LUMUT - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi menaik taraf Jeti Sungai Pinang Kecil sebagai jeti kedua di Pulau Pangkor, di sini.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rungutan dan aduan penduduk selepas pulau itu menjadi Pulau Bebas Cukai (PCB).

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerja-kerja menaik taraf akan dimulakan tahun ini selepas selesai persiapan dokumen tender.

"Kita naik taraf Sungai Pinang Kecil sebagai satu daripada jeti yang membolehkan orang tempatan guna.

Iklan

"Kita memenuhi hasrat itu membinanya sementara kita menunggu jeti atau pelabuhan yang lebih besar,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke jeti berkenaan, di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Iklan

Saarani berkata, jeti berkenaan akan mempunyai kemudahan kaunter seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan polis.

"Sudah lulus RM1.5 juta dalam bajet dan diharapkan ia mencukupi. Kadang-kadang ia bertambah kerana kos pembinaan di Pulau Pangkor agak meningkat 40 peratus dari tempat lain.

"Jangkaan siap bergantung kepada proses dengan mengambil kira kebarangkalian bilangan orang dan sebagainya namun, kita akan mulakan tahun ini,” katanya.

Katanya, sebaik jeti berkenaan siap, keutamaan akan diberikan kepada penduduk tempatan sebelum dibuka kepada pengunjung lain termasuk pelancong.

Sebelum ini, Jeti Sungai Pinang Kecil itu ditutup sejak 2019 selepas pulau berkenaan diisytiharkan sebagai PBC dan Jeti Pulau Pangkor menjadi satu-satunya pintu masuk utama dari Lumut ke pulau itu.